Ahad, 28 Jun 2015

Kek Sarang Semut@ Gula Hangus










Salam sejahtera semua.. Hari ni saya nak share kuih yg sy dh cuba buat ni. Ni 1st time buat kuih ni. Bila menjadi, macam mng marathon 4x4 kau.. Haha.. 
Ade yg tak pernah makan kuih mcm dlm gmbr ni tak? Sedap woo.. Hari ni sy nk kogsi resepi ni dgn semua. 

Resepi yg saya dah cuba ni, menjadi, mak cakap pun sedap, tapi tak selembut mcm slalu yg org buat.. Hmmm.. Knp ek. Saya buat cara bakar dlm oven. 

Ke nak kena kukus ek br lembut. Takpe la, u all bleh try resepi ni dlu. Mungkin saya kot yg terlebih terer sangat. Next time sy cuba resepi lain pulak. Jom tgk bahan2ye.






KEK SARANG SEMUT@ KEK GULA HANGUS
Sumber resepi : Kak Azlita masam manis
Resepi asal : Kak nor



Ni jek bahan2nye.. Ringkas dan mudah dibeli. Malas nak menaip, tu yg bg gmbr cmni. Kikikiki...

Cara2~
Sediakan loyang 7x7, sapu keliling dgn butter dan alaskan dgn baking paper. (sy pakai loyang bulat 8")

1st step
Buat Karamel n cairkan butter. Kenapa kita buat yg ni dlu? Sbb nti nak kena sejukkan sblm cmpur dgn adunan tepung.

1. Masukkan gula dlm pan, panaskan dgn api kecil smpai cair gula tu. 

2. Bila dh keperang2an, masukkan air panas sikit, smpai habis dan Sebati. Ttp api Letak tepi,biar sejuk. (Kalau masa pnskn gula, gula tu kehitam2an, terus ttp api, buang ketepi. Kompom pahit.)

3. Masukkan butter dlm pan yang lain, cairkan. Dh siap,letak tepi k. Jgn gi cmpur ngan karamel td tau. Butter ni nk cmpur dlm adunan tepung. Ok, siap.



2nd Step
-------------------

1. Dalam satu bekas sederhana, pecahkan 4 biji telur dan kacau perlahan sampai sebati.( saya ikut resepi. Kak azlita soh kacau ngan senduk kayu ja. Tak payah nak pukul.)

2. Masukkan susu pekat manis, dan kacau sebati lagi. Tambahkan esen vanila. Dan kacau lagi. 

3. Masukkan tepung yg dh cmpur dgn baking soda n baking powder sikit2, kacau sampai sebati . Tgk gmbr kt bwh ni, cantik je kan adunan. (Ke aku sorg je yg perasan rase adunan tu cantik.. What ever.. :p 




4. Masukkan butter cair, kacau pelan2 smpai sebati.

5. Masukkan gula karamel, dan kacau lg utk kali terakhir. Kacau pelan2. Tunjukkan kesopanan kita sbg org pompuan k.

6. Dah siap semua kacau mengacau, masukkan adunan dlm loyang. (kak azlita aziz biar smpai 5 jam. Katenye bila biarkan dlu, jd lg cantik. Sy biar 3 jam jek. Sbb kalau biar 5 jam, masa buka tu makan adunan tepung dlm loyang jek.. Haha.)

Bakar suhu 170c selama 45 min. Ikut pns oven masing2. Kena slalu tgk jgk kek tu ye. (saya bakar smpai 35 min jek. Sbb dh bau hangit. Tak pernah buat,jd agak risau. Bila cucuk dgn lidi beraih jek, trua kuarkan. X nk cr psl.. Hee.. ) ok dh siap. 

Semoga berjaya ye kawan2 semua.. Hehe..






Selasa, 23 Jun 2015




RESEPI PUDING JELLY KARAMEL
Sumber Resepi : Chef Mat Gebu
Resepi asal : Shafidah_Shamen







Karamel
---------
1 cup gula pasir (pakai 1/2 cup pun dh ok)
3 tbs air

Cara:
panaskan gula pasir dlm loyang/pan dgn api kecil, sampai kuning keemasan.. Lepas tu masukkan air sikit2, sampai sebati dgn gula karamel tadi. Tutup api. Tuang dlm bekas acuan jelly. Letak tepi.

Caramel yang dah masuk dalam loyang puding. Letak tepi.


Ok, Jom kita tengok next step pulak ye..







Bahan2 jelly puding. aku pakai bahan2 ni sebab ini je yang ade.. ngeee




Jelly Puding
-------------
Bahan (A)
8g serbuk jelly (sy pakai serbuk gelatin halal 12g).
Air masak 600g
120g Gula castor

Cara:
Campurkan semua bahan A, gaul sebati dlm satu bekas saiz sederhana.letak tepi.







Campuran Bahan A dan Bahan B


Bahan (B)
300 ml Susu cair
1 tsp esen vanila
1 tbs tepung custard

Cara :
1. Campurkan semua bahan B, gaul sebati dlm satu bekas.
2. Selepas itu, masukkan bahan B dlm bekas A tadi. Masak dengan api sederhana sampai masak. (bila senduk dan tuang cecair tu mcm bertali dh masak la tu).
3. Masukkan bahan masak ni dlm bekas karamel tadi. Simpan dlm peti sejuk 2-3 jam. Kalau sntuh dh pejal, dh bleh telungkupkan dlm bekas dan hidang sejuk2. Sedap!!




Selamat mencuba..

Isnin, 22 Jun 2015





KEK COKLAT LEMBAP KARAMEL
-----------------------

Resepi asal puding karamel : Yana Shaiful
Resepi asal kek coklat lembap : Chef Zubaidah
(saya combine kan resepi2 ni)



Sendiri paham la ye.. ;P


Step 1
------
Bahan2 untuk karamel
2 sb gula pasir


Cara :
1. Panaskan pengukus. Sambil2 tu kita buat karamel n puding k.

2. Taburkan gula pasir dlm loyang, buka api kecil, panaskan sampai warnanya kuning keemasan. Dah siap, tutup api, letak tepi biar sejuk dan mengeras. Jgn smpai hangit,nanti pahit. Paham ke paham? Jom buat puding pulak.

Step 2
-------
Bahan2 puding
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair (saya pakai susu dutchlady full cream)
5 biji telur (3 biji telur ambil kuning saje ye)
1 tsp vanila esen

Cara:
1. Kacau semua smpai sebati.
2. Ambil loyang karamel tadi, (pastikan karamel tu dh keras ye, klu tak,nanti bercampur dengan adunan puding)
3. Kukus dlm 20-25min (sy kukus 20min)

Step 3
-------
Bahan2 kek coklat lembap

Bahan2 (A)
*100g serbuk coklat (sy pakai 80g saje. Nak pakai 70g pun boleh)
*250g susu pekat manis
*200g minyak makan (sy pakai 180g saje)
*250g susu full cream
Masak semua bahan * kat atas ni sampai berkilat dengan api kecil. Siap, letak tepi k.

Bahan2 (B)
4 biji telur (sy pakai gred B)
*150g Tepung gandum
*1 tsp baking powder
*1 tsp baking soda
250g gula castor
(ayak bahan kering bertanda *)

Cara:
1. Pukul telur smpai berbuih (saya pukul smpai kembang n pekat skit).
2. Masukkan gula castor, pukul lagi smpai kembang n likat.
3. Masukkan bahan (A) yg kita masak dalam adunan telur yg kita pukul tadi. Kemudian, pukul smpai sebati.
4. Masukkan tepung (yg dh diayak) sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali, masukkan adunan kek coklat lembap ni dlm loyang puding karamel sikit2, (kalau tuang terus takut karamel tu berlubang/pecah).
5. Kukus selama 45min.

Tips - bila dah masak, tggu sejuk sekejap baru bleh terbalikkan dlm bekas hidang. Kalau pns, takut puding tu pecah.


Selamat mencuba.