Isnin, 5 November 2018

Pooh sembunyi dalam puff!

Masa tengah menaip posting kali ni, digroup fb MAHN (Masak Apa Hari Ni), Sedang sibuk Para ahli didalam tu tak berhenti like posting saya ni. Terima kasih semua yang dah like posting ini.




Masa mula-mula dapat resepi tu, saya terlupa nama cream puff tu. Apa lagi, boh la "Pooh sembunyi dalam cream puff". Hahaha.. Pastu bila dah ramai yang komen, baru teringat nama nya japanese cream puff. Ala yang atas dia tu ada cookies crust tu la. Memang sedap, saya pernah makan yang dalam dia inti krim cheese.



Asalnya nak buat yang biasa ja, yang crust dia ada warna, tapi rasa dah biasa nampak. Jadi, cari-cari di google, dapat minah saleh punya resepi. Saya memang suka cari resepi dan cuba. Mana yang sedap, saya akan sharekan.


Dah membebel banyak, jom la tengok resepinya.



Nampak tak penimbang legend? Biar buruk, tapi dia buruk sebab banyak berjasa pada tuannya. Hahaha..ni saja nak tunjuk penimbang tu😁






Step 1 : Cookies Crust

1/4 cup (57g) butter (unsalted)
1/3 cup (43g) gula perang
1/2 cup (64g) tepung serbaguna

Gaulkan semua bahan sampai bentuk doh. Gaul guna sudu je pun boleh.










Macam ni la bentuk doh cookies crust.




Gelekkan cookies crust dengan apa-apa yang boleh digelek. Cuma satu je yang tak boleh diguna untuk menggelek, iaitu "gelek dangdut". Kalau gelek dangdut, sampai esok pun tak siap. Hahaha..







Tekapkan bentuk bulat. Takde penekap jangan murung, pakai ja sudu sukatan saiz 1 tbs ok. 😃 dah siap tekap, masuk dalam peti sejuk. Sebab nanti nak guna ni masa dah siap paip doh puff. Ok, siap bab cookies crust. Jom masuk bab doh puff.
*cookies crust ni guna masa lepas paip doh puff. Letak atas doh puff,pastu kena bakar sekali.







Step 2 : Doh Puff

Bahan-bahan
1 cup (120ml) air
8 tbsp butter (unsalted)
1/4 tsp (secubit) garam
1 1/4 (128g + 32g) tepung serbaguna
4 biji telur

Cara-cara
Masuk butter + air + secubit garam dalam satu periuk. Masak sampai naik bubble halus. Tutup api, tuangkan tepung serbaguna, gaul sebati. Rehatkan 10 minit sblm mix dengan telur.

*telur masuk lepas siap masak doh. Tapi bukan dalam periuk. Tengok next step.







Ni doh yang dah direhatkan. Nak mix dengan telur.







Masukkan doh dalam mangkuk mixer.







Putar doh sambil Tuangkan telur sikit-sikit. Mula-mula memang agak kasar tekstur dia. Berapa lama nak mix, bergantung pada tekstur doh masing-masing. Saya mix sekejap je dah siap.











Ni hasil dah siap putar. Tekstur dia memang lembut tau korang. Smooth ja.😃 masukkan dalam piping ya.








Paipkan doh tadi macam ni. Kalau ikut saiz saya buat, satu loyang dapat 12 doh. Tak yah la nak pakai nozel, gunting ke muncung piping bag. Selesai masalah negara.😂







Lepas paip doh, keluarkan cookies crust dari peti sejuk, dan letak atas doh yang dah paip tadi. Bakarkan sekali.







Sebelum bakar panaskan oven dulu dalam 15 min. Ini saya la,saya suka pns lama skit. Bakar suhu 180c , selama 25 minit. Ikut oven masing-masing. Bakar sampai keperangan.

!! Jangan sesekali bukak pintu oven, kalau tak nanti tak naik.








Nah, ni hasil lepas bakar. Walaupun dah sejuk, puff tetap kembung. Tak turun. Yang turun air liur kita je sebab nampak sedap. Hahahaha.. Potong bahagian atas ye,sebab nak isi cream.







Tak menyabar betul budak-budak ni😂







Bab 3 : Filling Cream
Bahan - bahan
2 cups (43 g) heavy cream
3 tbsp honey
1 tsp vanila extract
Pewarna gel warna kuning
2 tbsp dark chocolatr chips (cairkan nak buat mata bebear pooh)


Cara-cara
Disebabkan saya guna ready whip cream yang dah ada rasa, saya skip honey. Sebab saya rasa dah manis. Pastu saya terlupa letak vanila. Kih kih kih.. Tapi rasa dia tetap sedap. Anak2 dan jiran cakap sedap.😆

1. Pukul whipping cream kelajuan tinggi + food coloring sampai kembang.
2. Masukkan cream dalam piping bag, dan mulakan memaip krim dalam puff yang dah dipotong bahangian atas. Isi sampai penuh, gemuk, lepastu buat dua bulat kat atas (telinga pooh), dua kat bawah, (tangan pooh).
3. Cairkan coklat, masuk dalam piping bag (ni buat last sekali masa nak buat mulut, mata semua tu ya.








Macam ni la nak paip krim tu.







Ni dah siap paip buat telinga dan kaki.







Tengah tunggu turn nak kena paip krim. Aduh, terliur pulak tengok. 😂







Taraaa..ni la hasilnya.









Anak-anak cakap sedap! Selamat mencuba.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan