Khamis, 17 Februari 2022

Kek marble jelita gebu





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai semua, I'm back. Entah berapa kali i'm back, pastu gone pulak. hahaha.. Tak payah nak buat karangan sampai beribu patah perkataan, kita pendekkan cerita terus lah. 

Kisahnya, baru-baru ini saya ada mencuba buat Kek marble jelita yang viral dimedia sosial. Ye lah, ingat korang je ke yang nak cuba benda viral kannn.. Acik pun nak jugak. hihi..

Sebenarnya, saya ada kongsikan difacebook saya sendiri, dan rata-rata komen balas yang saya terima mengatakan, bukan senang nak buat kek ni. Tak semua orang menjadi, lebih lagi tang nak melukis melorek bagai. Hmmmm.. baru saya tau. Kek diatas tu Kek yang saya buat kali ke-2 selepas percubaan pertama GAGAL. GAGAL BERTAHAN DARI DISERBU ORANG RUMAH. Hahahaha.. Licin kau..

Tapi takpe, kita cuba sahaja. Mana tau walaupun tak pernah buat, boleh menjadi. 

Resepi ni hasil tonton video di youtube. Bukan satu video yang saya tengok ya. Baaaaaanyaaakkk video yang saya tengok dan perhatikan bahan-bahannya. Sampai lupa ini resepi siapa. Maafkan saya.. huhu.. Resepi yang mudah, dan bahan yang tidak susah dibeli dan tidak remeh untuk dibuat. 

Kalau ikut resepi yang saya dapat ni, rasanya sedap, lembut, dan berspan. Omputeh kata spongy. Kalau korang cuba resepi ni, dijamin sedap! InshaaAllah. Ha, jom lah tengok bahan dan cara buatnya.


Bahan-bahan

Pukul semua bahan dibawah sampai kembang

110g tepung naik sendiri
90g gula castor
1/2 sdt baking powder
1 tsp serbuk vanilla (saya ganti dengan perasa vanilla)
3 biji telur gred A
25ml susu cair (saya guna dutchlady full cream)
1tsp ovalette

Butter 80g (cairkan dan sejukkan)





Pukul sampai betul-betul kembang dan kental. Adunan jatuh slow je bila kita angkat whisker tu. Maknanya dah ok dah.


Masukkan butter yang dicairkan sedikit demi sedikit sambil dipukul kembang. 




Mewarna dan melorek atas kek



Bahagikan beberapa bahagian adunan yang bak diletak pewarna. Sebelum itu, kita cari idea siap-siap, design apa yang nak dilorek. Kartun ke, bunga ke, atau dah ada gambaran dalam kepalas terus transfer atas kek je.




Pertama, buat macam ni. Lakarkan je dulu


Kemudian baru lah isi kan ruang kosong laran kita tadi. Kalau rasa kosong, tambah lah apa yang patut 


Kemudian bakar suhu 140c selama 1 jam. Ini apa yang youtuber tu bagi tahu. Tapi sebenarnya, kek saya dah over bake. Saya tgk masa, baru minit ke 40. Saya rasa, bakar dalam 30-35 minit kot. Ikut saiz dan kepanasan oven masing2. 


Bila dah masak, keluarkan dan telungkupkan atas redai macam ni. Nak bagi bentuk bergaris. Dah lekat garis, ubah posisi. 



Ini lah hasilnya. Cantik tak? Selamat mencuba

Hasil cubaan Pertama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan