Khamis, 24 Februari 2022

BULI 'EMOSI' & KESAN

 Bila ada sesuatu perasaan dihati ni, sebagai Ibu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi.

Apa yang kalian nampak dari raut wajah dalam gambar ni?





Itu lah ekspresi selepas diganggu disekolah yang juga merupakan rakan sekelas.

Di rumah, hampir 4 jam juga baru mood dia baik semula. Baru boleh bergurau dan ketawa sesama kami. Itupun selepas dibawa keluar ke kedai makan (ada urusan) dan ditenangkan dengan kata-kata yang membina. Disekolah saya tak tahu berapa lama dia menahan rasa dan amarah.

Punca masalah?

Disindir kerana;
1. Gambar profil yang digunakan untuk email moe sekolah adalah gambar busana silat lengkap bertanjak. (semua email anak, saya yang update gambar sebenarnya)

2. Tidak join kawan lain keluar ke shopping complex dan kawasan riadah bila di ajak. Dalam erti kata lain, (perlu persetujuan ayah) tak bebas kemana-mana seperti mereka .

3. Di label anak manja sebab mengadu pada ayah bila ada yang ganggu/buli.

4. Cemburu dengan pencapaian aktiviti yang diikuti di sekolah.

5. Tidak puas hati selepas cikgu dapat tahu perbuatan menyalahi peraturan sekolah. ( walaupun bukan kak long yang lapor)

Semua sindiran yang dihadap ini dalam satu masa.
Dari pandangan ibu bapa sekalian, apa perasaan anda bila nampak anak menangis semasa dijemput dari pagar sekolah?

Ya, depan penyindir, dia tunjuk dia kuat, tak menangis pun, dan dia kata, dia juga melawan,(jerit "apa masalah kau, aku tak kacau kau pun"). Dia tunjuk kuat sampai tamat sesi belajar. Tapi, bila balik sekolah, masuk sahaja dalam kereta.. Kita ni lah yang tersentuh hati tengok air mata dia meleleh.

Mungkin ada yang cakap, "alah, kena usik sikit pun dah lebih-lebih. Mengadu kat mak bapak. Manja sangat".
Ya, memang kami manjakan anak. Bukan dia seorang, semua anak. Manja dengan cara kami.

"Korang semua dengar eh apa aku nak cakap, mak hazirah, mak **** (kawan yang lapor pada cikgu) pun dengar eh, perangai kita memang macam ni, gurau-gurau kasar, bahan koyak.. "
Disebabkan waktu itu saya ada disebelah, dan mendengar apa yang dibualkan, saya tanya dengan baik, "anak acik ada ganggu kamu semua ke dalam kelas? "

Jawapannya, "tak ada. Kami memang gurau kasar, 'bahan' 'koyak', hazirah je yang terasa".

Kesimpulan dari situ apa?

Memang sengaja 'cari pasal' dengan rakan yang lain.

Lepas penjelasan itu, saya minta anak tutup perbualan. Masa perbualan, saya ada dengar ibu kepada rakan yang lapor pada cikgu bercakap dengan nada marah kepada budak-budak itu kerana ganggu anaknya juga.

'Gurau kasar', 'bahan koyak'. Agak terkejut, sepatutnya, kata-kata itu belum pantas dituturkan bagi budak diumur 12 menuju 13. (Tak pasti kalau orang lain rasa itu biasa.)

Mungkin nampak lucu kan, masalah budak pun nak ambil peduli. Biarlah budak-budak itu selesaikan sendiri kan?

Bukan masalah lucu, bukan masalah nak ambil hati. Sebagai ibu bapa, wajib lindung dan bertindak balas jika anak dalam keadaan sebegitu. Perlu 'tunjuk' bahawa, budak yang dibuli itu, ibu bapanya ambil kisah. Bukan boleh 'saje-saje' digurau kasarkan sehingga mengganggu emosi anak.

Kami didik anak-anak dari kecil lagi, supaya jangan jadi PEMBULI dan jangan jadi MANGSA BULI. Kami 'beri' anak-anak apa yang patut dengan harapan, dapat elakkan anak-anak dari masalah sosial/disiplin diluar rumah sehingga mengganggu oran lain.

Kepada ibu bapa sekalian, 'tengok-tengok' lah anak masing-masing. Nasihati mereka bahawa, ganggu/kacau orang itu sama lah seperti MEMBULI. Bendung lah dari awal.

Walaupun ia bukan gangguan dari segi fizikal, tetapi ia mengganggu dari segi psikologi, mental dan emosi mangsa yang diganggu. Jika dibiarkan, lama kelamaan perasaan seronok itu akan melarat sehingga berlakunya buli fizikal.

Selalu lah juga 'check' anak masing-masing sama ada dia ada masalah diganggu (buli) rakan disekolah/diluar rumah. Perasaan tertekan bukan sahaja mengganggu emosi anak, tetapi juga boleh mendorong kepada perbuatan diluar batasan (b*nu* d*ri).

Kami sendiri sentiasa pesan pada anak-anak kami (terutama kak long yang akan masuk peringkat menengah), "Ingat, ini baru 'sikit'. Akan datang, semakin luas pergaulan, akan nampak dan hadap berbagai ragam dan perangai manusia. Kena kuatkan hati. Jangan takut kalau dibuli, dan jangan takut untuk bercerita jika dibuli. Ibu dengan ayah sentiasa mendengar jika ada apa-apa masalah."

Kami juga tak menghalang anak berkawan dengan siapa sahaja, cuma kami pesan, "nak berkawan dengan siapa je boleh, tapi kalau ada yang tak baik, jangan diikut). Tetapi, jika kawan itu tidak boleh dibuat kawan langsung, tak usah 'terhegeh-hegeh' nak berkawan dengan dia.

Pernah baca atau dengar?

DIDIKAN BERMULA DARI RUMAH. Kami cuba sedaya upaya praktikkan ayat ini disulam dengan kasih sayang dalam rumah kami supaya anak-anak kami tak perlukan 'perhatian' dari orang lain. Saya juga tak mahu menilai atau komen cara dan didikan orang lain pada anak mereka, sebab setiap keluarga berlainan masalah kehidupan yang ditempuh. Fokus pada keluarga sendiri.

Ibu bapa, TOLONG PANTAU tingkah laku anak-anak kita. Dalam diam, tanya lah pada guru atau kawan-kawannya, bagaimana dia diluar rumah.

Kesan awal kelakuan anak-anak yang tidak elok agar tidak berlarutan. Jika tanya kami yang mana lebih penting antara Akademik dan Adab, kami pilih Adab. Jika ada kedua-duanya itu 'bonus' buat ibu bapa.

Hari ini, masuk sahaja kereta, saya tanya "hari ni ok? diorang masih ganggu?" Dia jawap " hari ni ok, diorang tak berani ganggu takut kena report lagi. Takut report kat ayah dengan Cikgu disiplin lagi. Tadi cikgu disiplin jumpa diorang".

Alhamdulillah.. nampak dia lebih ceria hari ini. Itu lah pentingnya anak bercerita. Jangan pandang ringan perkara seperti ini takut kemudian hari jadi 'berat'.

Jika apa yang saya ceritakan ini ada pengajaran yang baik untuk dijadikan contoh, ambillah. Jika ada yang tidak baik, jauhkan dan jadikan iktibar buat semua. Semua ibu bapa nak yang
terbaik
buat anak-anak kan? Begitu juga kami.

Ahad, 20 Februari 2022

Nasi daging air asam


Assalamualaikum.. Hai semua.. 
Pssstt.. buat apa tu hujung minggu ni? Duduk rumah? lepak? hmmm.. lemah. hahahaha.. Saya ada idea baik punye untuk mak pak sekalian. Comform semua orang selera makan termasuklah anak-anak yang kecik. serius sedap! ni anak-anak tau yang cakap. Mak pak sekalian cuba lah buat kan mengikut portion family masing-masing. Resepi saya ni main campak-campak je. hihi.. Jom fahamkan dulu.. dah faham, beli barang, dan terus masak kat dapur ok.


Nasi daging air asam

 1. Rebus daging sampai empuk. Air rebusan daging nanti nak buat air untuk tanak nasi



2. Sementara tunggu daging empuk, saya buatkan rempah sup untuk kuah daging tu. Kuah sup daging ni sedap dihirup masa makan nasi daging nanti. Reezky cukup suka, dihirup² sampai habis.


Bahan rempah sup simple
(sukatan masing-masing)
Bawang merah,
bawang lutih,
lada putih.
Nak letak halia pun boleh. Saya malas nak ketuk halia. ðŸ˜‚

Blend kan semua. Lepastu tumiskan



3. Panaskan kuali, masukkan hirisan bawang dan tumis sampai naik bau. Lepastu Tumis rempah sup sampai pecah minyak.


4. Air rebusan daging pun dah mendidih. Masukkan separuh dari rempah sup yang ditumis tadi dalam periuk rebusan daging ni. Separuhagi biarkan dalam kuali. Nak guna untuk masuk dalam nasi nanti.

Biarkan dia mendidih sampai daging tu empuk. Sy masak Api slow je.



5. Siapkan bahan tumisan untuk nasi.

Bahan-bahan
Bawang besar hiris
3 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis. Kayu manis saya habis, saya skip. Hahaha)
Buah pelaga
Halia ketuk
Hirisan lobak
Ambil daging rebus sedikit (hiriskan)

*nak tambah kismis pun boleh. Ikut citarasa masing.



6. Bahan-bahan nasi

-Siapkan beras yang dah dicuci dan ditoskan. Kita nak masak sekejap dalam kuali nanti.

-siapkan Bancuhan rempah nasi beriani atau rempah kurma.

Langkah seterusnya,

Guna kuali tumisan rempah sup tadi, masukkan 2 sudu minyak sapi.

Masukkan semua bahan tumisan untuk nasi tadi.

Tumis sampai naik bau dan layu.

Bila dah naik bau, masukkan daging hiris.



Ni daging yang saya dah hiris-hiris. Nak masuk dalam bahan-bahan tumisan nasi. Sebab, Bila makan nasi nanti pun ada daging dalam nasi. Kan bertambah sedap.



7. Masukkan rempah beriani. Ada orang guna rempah kurma. Disebabkan ini ja yang ada, saya guna je lah rempah ni.

Tumiskan sampai rempah dah naik bau dan pecah minyak.



8. Bila dah naik bau, masukkan beras yang dah diabsuh dan ditoskan tadi.



9. Gorengkan nasi sampai agak kering.

Bila dah kering, masukkan dalam pot rice cooker.


9. Kuah rebusan nasi




Beras tadi dah masuk dalam pot rice cooker.

Ambil secukupnya air rebusan daging.

Susu cair secukunya

Masukkan dua bahan ni dalam pot rice cooker.




*susu cair tu nak masak sekali dengan bahan² tumisan yang nak dimasukkan dalam beras pun boleh. Saje malas. Hahahaha.


Macam ni lah bila dah campur air rebusan daging dan susu. Ok, dah boleh tanak nasi.

*jangan lupa tekan cook ye. Kang sampai ke esok tunggu tak masak-masak.


10. Ok, kita balik pada kuah sup kita. Tadikan dah masukkan rempah, pastu saya masukkan daun sup dan daun limau sehelai je. Tak nak bau dan rasa yang keterlaluan.




Saya tambah kan serbuk lada hitam secukupnya.

Masukkan garam dan perasa.

Ok, siap sup daging.


11. Bahan - bahan asam daging



Air asam jawa secukupnya
Tomato 1 ½ biji
Bawang besar sebiji
Cili padi secukupnya
Belacan secukupnya (tak nak lebih² nti hidung srot sret😂)

Blend kan semua sampai lumat. Masukkan garam dan perasa secukupnya.

Siap.

*saya tak masak air asam daging ni. Jadi, saya guna air masak utntuk ramas asam jawa.



12. Macam ni lah hasil air asam untuk daging. Bleh plak anak² g hirup. Sabar je lah.



13. Bila nasi dah masak, hiaskan dengan bawang goreng, dan daun sup.

*hiasan terpulang masing-masing



13. Daging yang dalam kuah sup tadi saya keluarkan dan hiris-hiriskan macam ni.

Ok, dah siap hidang. Serbuuu..


Selamat menjamu selera.. yummmmm.. 

Khamis, 17 Februari 2022

Kek marble jelita gebu





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai semua, I'm back. Entah berapa kali i'm back, pastu gone pulak. hahaha.. Tak payah nak buat karangan sampai beribu patah perkataan, kita pendekkan cerita terus lah. 

Kisahnya, baru-baru ini saya ada mencuba buat Kek marble jelita yang viral dimedia sosial. Ye lah, ingat korang je ke yang nak cuba benda viral kannn.. Acik pun nak jugak. hihi..

Sebenarnya, saya ada kongsikan difacebook saya sendiri, dan rata-rata komen balas yang saya terima mengatakan, bukan senang nak buat kek ni. Tak semua orang menjadi, lebih lagi tang nak melukis melorek bagai. Hmmmm.. baru saya tau. Kek diatas tu Kek yang saya buat kali ke-2 selepas percubaan pertama GAGAL. GAGAL BERTAHAN DARI DISERBU ORANG RUMAH. Hahahaha.. Licin kau..

Tapi takpe, kita cuba sahaja. Mana tau walaupun tak pernah buat, boleh menjadi. 

Resepi ni hasil tonton video di youtube. Bukan satu video yang saya tengok ya. Baaaaaanyaaakkk video yang saya tengok dan perhatikan bahan-bahannya. Sampai lupa ini resepi siapa. Maafkan saya.. huhu.. Resepi yang mudah, dan bahan yang tidak susah dibeli dan tidak remeh untuk dibuat. 

Kalau ikut resepi yang saya dapat ni, rasanya sedap, lembut, dan berspan. Omputeh kata spongy. Kalau korang cuba resepi ni, dijamin sedap! InshaaAllah. Ha, jom lah tengok bahan dan cara buatnya.


Bahan-bahan

Pukul semua bahan dibawah sampai kembang

110g tepung naik sendiri
90g gula castor
1/2 sdt baking powder
1 tsp serbuk vanilla (saya ganti dengan perasa vanilla)
3 biji telur gred A
25ml susu cair (saya guna dutchlady full cream)
1tsp ovalette

Butter 80g (cairkan dan sejukkan)





Pukul sampai betul-betul kembang dan kental. Adunan jatuh slow je bila kita angkat whisker tu. Maknanya dah ok dah.


Masukkan butter yang dicairkan sedikit demi sedikit sambil dipukul kembang. 




Mewarna dan melorek atas kek



Bahagikan beberapa bahagian adunan yang bak diletak pewarna. Sebelum itu, kita cari idea siap-siap, design apa yang nak dilorek. Kartun ke, bunga ke, atau dah ada gambaran dalam kepalas terus transfer atas kek je.




Pertama, buat macam ni. Lakarkan je dulu


Kemudian baru lah isi kan ruang kosong laran kita tadi. Kalau rasa kosong, tambah lah apa yang patut 


Kemudian bakar suhu 140c selama 1 jam. Ini apa yang youtuber tu bagi tahu. Tapi sebenarnya, kek saya dah over bake. Saya tgk masa, baru minit ke 40. Saya rasa, bakar dalam 30-35 minit kot. Ikut saiz dan kepanasan oven masing2. 


Bila dah masak, keluarkan dan telungkupkan atas redai macam ni. Nak bagi bentuk bergaris. Dah lekat garis, ubah posisi. 



Ini lah hasilnya. Cantik tak? Selamat mencuba

Hasil cubaan Pertama