Jumaat, 16 Disember 2022

IDEA PAKAIAN BERAGAM TEMA KERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang singgah membaca di blog saya.Kali ni, saya nak kongsikan idea, bahan dan cara DIY kostum/pakaian beragam anak sekolah rendah. Kalau pakaian beragam merdeka, rasanya semua champion kan. 

Tapi kalau pakaian beragam kerjaya? Pening jugak memikirkannya. Nak beli kostum harga agak mahal, nak sewa tu ada, tapi kadang masa dah suntuk, kadang tak ada stok. Itu pun belum tentu kedainya berdekatan dengan kita.


Cerita pasal pakaian beragam tema kerjaya kan, sebenarnya saya tak ada pengalaman langsung. Sebab ank-anak dari SJKC. Seingat saya, Sepanjang tahun anak-anak saya bersekolah, memang tak ada pertandingan sebegitu yang dianjurkan oleh sekolah. 


Bila anak masuk ke sekolah kebangsaan, baru lah dapat merasa masuk pertandingan pakaian beragam. Saya dah cuba masukkan abang dalam pertandingan pakaian merdeka sebelum ni, iaitu busana melayu bersampin siap bertanjak. 


Walaupun abang nampak malu-malu, tapi dia cakap seronok! Apa lagi, bila dapat tau sekolah anjurkan pertandingan pakaian beragam dengan tema kerjaya, terus tanya abang, ok ke tak kalau ibu masukkan nama dia. Abang cakap ok. Terus buat carian contoh pakaian beragam dalam google.


Kenangan abang sambut merdeka di Dataran Merdeka K. Lumpur tahun 2022. Atok polis sumber inspirasi siap bagi pesanan pada abang kalau nak jadi polis bila besar nanti.

Asalnya nak beli baju sniper yang berambu, tapi bila fikirkan masanya agak suntuk, takut barang lambat sampai. Tukar plan B, baju polis. Gigih tanya kedai sana sini, baju kadet polis je ada. Baju seragam kadet polis pun ada, tapi saiz budak kecik tak ada, biasanya kena tempah. Jadi, tukar plan C.


Saya dah mula ada rasa nak give up sebenarnya. Sebab saya hanya ada masa sehari je nak cari dan siapkan. Cikgu dah umum beberapa hari sebelum, tapi disebabkan PRU 15, agak sibuk travel jauh. Itu lah tak sempat nak siapkan awal. Alhamdulillah, akhirnya dapat lah idea pakaian seragam polis trafik. 


Bila diperhatikan, pakaiannya mudah di cari dan jimat kos. Cuba tengok senarai barang kat bawah ni..


1) Baju putih kosong lengan panjang, ada poket kat dada

2) Seluar sekolah

3) Tali pinggang sekolah warna biru gelap

4) Tali pinggang warna biru gelap

5) Topi tanpa corak warna biru gelap

6) Cermin mata hitam

7) Set mainan yang ada Gari dan pistol

8) Sarung tangan putih




Bahan-bahan lain

1) Gunting

2) Double tap

3) Masking tap

4) Kertas A4 print logo polis, buat name tag

5) Pen biru (kalau printer berwarna, tak payah, simpan dalam laci je. Hahaha)

6) kertas tebal 

7) pen hitam (saya guna sharpee), pen merah dan kuning (saya guna highlighter)



Gambar selepas ‘berperang’. Hahaha..


Benda pertama yang saya buat, ialah print logo polis dengan saiz berbeza-beza supaya sesuai dengan saiz aksesori dan pakaian. Kalau terlebih besar nampak pelik, kalau kecik sangat, tak nampak apa dari jauh.


1) Siap print logo, gunting ikut bentuk, tapi lebihkan tepi sikit dan warnakan dengan pen biru bahagian yang berwarna (rujuk logo polis). Sebab apa, printer saya hitam putih je. Hahaha.. 


Gunting dan warna macam ni ya


2) kemudian saya buat name tag. Yang ini saya guna sharpee. Huruf saya buat tebal, dan biar kosong, bahagian sekeliling, saya warnakan dengan warna hitam. Macam name tag cikgu tu lah. Nama pun DIY, nak cepat dan jimat. Kalau rasa berada dan banyak masa, order lah name tag betul. 


Potong kertas, tulis nama, warnakan


3) Dua benda ni saya tak tahu namanya apa. Satu letak tepi lengan baju, satu lagi atas poket yang ada logo dengan slogan dan gambar berjabat tangan. Tanda tepi lengan tu saya lukis dan bold kan guna pen sharpee, logo berjabat tangan pulak saya print. Jenuh kalau nak lukis. 


Maaf, saya tak tahu nama logo ni



Saya printkan logo, lipat dan lekat kat poket.



Nampak tak tanda atas poket yang berwarna tu? Tu pun saya tak tahu apa namanya. Saya potong kertas, lukis dan warna.



Bila 3 perkara ni siap, dah boleh tampal menampal. Macam korang semua tengok dalam gambar. Tampal dan tampal, siap!


Lekat dengan double sided tape, kemudian potong dan tampal.



Simple je kan? Dah siap dah.


Part garisan putih tepi seluar tu pun saya lekat guna masking tape putih je. Itu idea suami saya. Sebenarnya, sebelum tu saya beli ribbon warna krim, pening juga fikir cara nak lekat kat tepi seluar. Mujur husband bagi idea yang sangat membantu. Dan siapa pun tak perasan itu masking tape. Hahahahaha..



Tempat letak pistol tu pulak saya warna dengan pen hitam. Saya guna semula  bungkusan mainan pistol. Kertasnya kan agak tebal macam kad, saya lipat-lipat, tebuk kanan kiri untuk saya masukkan dalam tali pinggang. Bijak kan saya? Hahaha.. Part ni lupa nak ambil gambar sebab nak cepat. Dari rumah dah pesan kat abang, jaga pistol sebab belas pistol tu kertas ja, takut tercabut. 



Tepi gari ada bekas letak pistol


Dan ini lah hasilnya.. Turun je dari kereta, semua mata memandang abang. Ada seorang pakcik siap ambil gambar abang. Penanpilan abang nampak ‘real’. Berbaloi sangat penat sediakan semua tu. Menang kalah, belakang cerita. Yang penting,  abang berani sahut cabaran, berani naik pentas walaupun abang sebenarnya malu-malu.


Cita-cita abang nak jadi polis


Bersiap dari rumah


Sampai depan pagar sekolah bergambar dengan cikgu-cikgu comel. Mula-mula ingatkan budak sekolah menengah mana sesat. Hahahaha


Gambar kiriman dari cikgu. Cikgu pun seronok tengok abang. Hensem katanya



Alhamdulillah, abang dapat nombor 2 dalam pertandingan pakaian beragam tema kerjaya. Gambar ini pun cikgu yang ambilkan. Bila abang menang ja, cikgu terus whatsapp ibu cakap abang dapat nombor 2. Cikgu pun seronok tau.


Kenangan manis untuk abang, darjah 2 Arif tahun 2022. Sek Keb Sg Tiram.

Sebelum saya akhiri perkongsian ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami yang memberi idea dan juga guru kelas 2 Arif Sek. Keb. Sg. Tiram, iaitu Cikgu Fatin yang sangat teruja, tolong ‘tengok-tengokkan’ abang (sebab benda DIY kan mudah tercabut) dan whatsapp Ibu serta hantar gambar abang masa dapat piala. Cikgu memang awesome!

Semoga idea kecil ini dapat mengurangkan pening kepala ibu-ibu yang berhajat nak masukkan nama anak dalam pertandingan pakaian beragam tahun berikutnya. All the best! 

Sabtu, 26 November 2022

Sambal Nasi Lemak ready to eat sedap

Salam korang.. 


Cerita Kali ini saya nak kongsi dengan korang ialah sambal nasi lemak yang saya beli dari seorang peniaga di Pineng baru - baru ini. Asalnya terliur nak rasa sambal sotong, eh tiba-tiba terbeli kombo 4. Nak tau kenapa beli sampai 4, baca sampai habis tau.




Nak tau apa mak saya cakap lepas saya buka sebotol? MAK cakap, S.E se, D.A.P dap, SEDAP.. haaa…Sedap sebab sambal tu kena dengan selera mak sebagai orang tua. Korang baca lah kat bawah nanti mana satu sambal yang jadi kesukaan mak.


Sebelum saya pergi lebih jauh, saya nasihatkan korang semua baca sampai habis na. Kerana membaca itu jambatan Pulau Pinang. Eh, jambatan Ilmu. Hihihi.. Kena lah baca sampai habis, baru lah maklumat sampai pada pembaca. Merapu sikit, gurau-gurau sikit biasalah kan. Jangan ambil hati tau korang.


Ni lah jenis sotong yang dimasak sambal. 


Kembali ke cerita asal, Sambal ni saya beli dari salah seorang peniaga yang post iklan sambal kat story whatsapp. Masa tu nampak gambar sotong dengan saiz  besar. Dalam hati cakap, macam sedap je.. Teringin nak rasa, tapi dalam masa yang sama, dalam kepala ni ‘dok pikiaq macam-macam' kata orang kedah.


Takut sambal tak kena dengan selera kita lah, takut sambal terlebih manis ke, bau rempah tak cukup masak ke, sambal basi, dan  takut harga mahal tapi tak berbaloi.


Kita nak beli benda nak masuk perut, memang agak cerewet. Kalau tidak, tak kan lah ada slogan “customer always right”. Tapi kadang tak boleh guna ayat tu, naya peniaga oii.. Ooppss.. huhu.. Jadi, saya pun ‘mesej peribadi’ akak yang jual tu. Orang melayu cakap ‘PM’. Hahaha..


Aduh, nak cerita pasal sambal je pun tapi berjela-jela. Hahaha.. Bukan apa, rasa excited tau nak cerita kita ni beli sambal sedap dan saya rasa murah bila dibandingkan dengan kuantiti dan kualiti yang diberikan. 



Sebelum tu, saya nak kenalkan sikit akak yang jual sambal ni. Namanya Ayu, pernah jadi cikgu tadika, dan berniaga nasi lemak di pineng. Sebab tu kat balang sambal tu ada sticker Nasi Lemak Cikgu Ayu.


Sambung cerita, saya pun pm lah kak ayu, tanya harga sambal sotong berapa ringgit. Tapi kan, bila kak ayu reply, terkejut tau dapat tau harga kak ayu jual murah. Sambal sotong rm 10 / balang. 1 balang isi padat 300g. 


Murah kan? Wow gitchuuu.. 


Kak ayu cerita lagi, Sotong tu kak ayu proses sendiri untuk kembangkan, 2 hari baru dapat bersih mcm tu. 


Seperti diawal cerita tadi, kak ayu ada 4 jenis sambal semuanya. 

1) Sambal ikan bilis petai, 

2) Sambal ikan bilis kacang, 

3) Sambal sotong, 

4) Sambal ikan kering dari ikan talang.



4 sambal dalam 1 pinggan dimakan dengan nasi panas


Harga 3 botol hanya rm37. Kalau beli 4 botol rm50. Korang tau apa yang buat saya tak puas hati? Harga dah termasuk kos pos tau. Dalam hati ni ngomel jugak lah, kenapa jual murah ni, semua barang dah naik. Saya pulak jadi kesian kat kak ayu. Semoga sambal kak ayu meletops-letops, laris di pasaran.


Back to story, terus saya bagi tau kak ayu, saya nak 4 botol terus, walaupun ikan masin tak berapa makan, tapi fikir mak makan ikan masih, husband pun makan ikan masin, beli je lah semua boleh makan. Jadi, lepas setel urusan, Kak ayu pos hari tu jugak, sebab kebetulan hari tu adalah hari kak ayu pos barang.


Oh ya, kak ayu pos barang setiap hari selasa dan rabu tau. Paling best, kak ayu pakai pos laju. Masa saya order, esoknya dah sampai. Servis pantas! Terbaikk!


Sampai ja barang, terus buka. Pertama, kotak ada window, nampak dalam, buka kotak, setiap balang ada wrap, ke tiga, satu balang pun tak ada sambal atau kesan minyak tumpah. Baru unwrap dah rasa seronok dan rasa “eh, comelnye packaging”. Saya sejenis perempuan suka benda comel. Hahaha..



Kotak comei, ni pun kira kos tau. Syukur dapat makan sambal sedap, tapi harga murah. 


Tiba lah rasa nak merasa. Sambal pertama adalah sotong. 


Ambil nasi panas, cedok sotong. Uishhhhh, kepingan sotong tu boleh tahan besar jugak, saya jangkakan yang ada dalam botol tu potongan keping-keping kecil. Terus terang saya cakap, rm 10 sebotol memang berbaloi-baloi. Part paling best, tekstur sotong tu ngam masaknya, bersih, tak kenyal dan boleh dicarik-carik isinya. Makan pun puas hati!



Sebelum tu dah remind diri, nak makan satu senduk nasi ja buat rasa. Hmmmmm… paham-paham je lah orang perempuan. Dari 2 senduk nasi, eh tertambah lagi. Ah, parah. Ah, makan je lah berapa senduk pun. Hahahaha..

Dari satu sambal, saya buka sambal yang lain. Tapi bukan lah hari yg sama. 1 hari tu saya try 2 sambal. Sambal sotong dengan sambal ikan masin. Takut berlaga rasa kat lidah kalau buka semua. So, boleh keliru rasa setiap sambal.

Esok nya buka 2 lagi, sambal ikan bilis petai dan ikan bilis sahaja. Ikan bilis berkacang habis stok. Yang ini jadi kesukaan mak, ikan bilis petai. Untuk pengetahuan korang, saya tak makan PETAI. 


Tapi disebabkan mak tak habis cakap sedap, saya pun cuba lah. Weiii, serius sedap! Sambal cili hijau tapi tak pedas sangat. Rasa dia just nice! Isi banyak. Buah Petai tu rangup! 1st time makan petai, rasa macam tak percaya kat diri sendiri. Hahahaha..


Sambal ikan bilis petai


Sampai giliran sambal ikan masin, hati dan perasaan ni berdebar, dup dap dup dap. Nak makan ke tak eh. Hahaha.. saya bukan sejenis manusia yang makan ikan masin dan agak memilih kalau nak makan dan biasanya makan ikan masin gelama yang jual kat tesco tu ja. Itu pun sebab ikan keringnya nampak bersih dan elok. Jenis yang bersambal tak pernah. 


Sambal ikan talang masin


Sambal Ikan masin kak ayu ialah ikan talang yang dipotong dadu. Saya cedok sepotong, hmmmmm… not bad, rasa dia sedap bila dah gabung dengan sambal dan tak terlalu masin. Kadang ada ikan masin yang rasanya masin sangat. Saya suka yang kurang masin walaupun namanya ikan masin. Hahaha..


      

                                       Banyak jugak sambal dan isinya. 


Setakat ni. Sambal sotong, sambal ikan masin, dan sambal ikan bilis petai, quality check, Excellent! Semua sedap!


1 lagi belum buka, sambal ikan bilis. Masa tu anak yang 2nd twin minta dibuatkan bubur. Jadi, alang-alang buat bubur lebih sedekah secukupnya kat jiran-jiran terdekat. Teringat ada sambal ikan bilis belum buka, why not kan kongsi kesedapan sambal ni sekali dengan orang lain. Saya letak sikit atas bubur bersesuain dengan kuantiti bubur. Nak ikutkan hati, nak letak sayur kangkung tumis sekali, tapi tak larat nak tumis kangkung. Penat kacau bubur berjam. Hahaha.. 




Buat bubur lebih, letak sambil bilis cikgu ayu untuk dikongsi bersama jiran terdekat.



Secara ringkasnya, semua sambal yang saya dapat, sedap, puas hati dan harganya pun berbaloi. Kalau rate kepedasan tahap 1 sampai 3, ini penilaian hasil dari apa yang saya rasa. 


Kepedasan tahap 1

Ikan bilis petai

- Sesuai sangat untuk orang tua, dan jenis yang tak makan pedas. Petai rangup, isi banyak.


Kepedasan tahap 2

Sambal sotong, sambal ikan bilis. 

- Sesuai untuk jenis yang makan pedas, tapi tak terlalu pedas. 


Kepedasan tahap 3

Sambal Ikan bilis/bilis kacang

- Sesuai untuk jenis yang suka pedas. Pedas tapi sedap. Rasanya pedasa, masin, manis, seimbang.


Mengikut kata kak ayu, sambalnya tidak menggunakan pengawet, dan boleh tahan sehingga 2 minggu pada suhu bilik. Bagi saya, walaupun boleh tahan sehingga 2 minggu, tapi saya letak kat tempat yang kering, tak guna sudu yang dah ceduk lauk lain, sudu sentiasa bersih, lepas ambil terus tutup semula ketat-ketat. Itu lah cara nak elak pertumbuhan bakteria yang boleh merosakkan sambal. Dan seeloknya, cepat-cepat lah habiskan. 


Setiap sambal RM10 sebotol / 300gram. Kos Postage RM6 


Pakej Kombo dibawah sudah termasuk harga pos sekali ya korang

3 botol RM 37

4 botol RM50


Korang yang nak cuba SAMBAL CIKGU AYU, boleh whatsapp kak ayu sendiri di +60 12-558 7163 atau follow FB Gerai Cikgu Ayu.





Selain dari nasi lemak, dan sambal nasi lemak, kak ayu ada jual kuih muih dan beberapa jenis makanan lain. Kak ayu pun ada buat penghantaran depan pintu. Pertanyaan lanjut, korang boleh whatsapp kak ayu sendiri. 


Kalau korang ke pineng, jangan lupa singgah di Jalan Kedah, Permatang Tiga Ringgit, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Akhir kata, Saya doakan semoga perniagaan kak ayu dan semua peniaga yang berniaga dengan ikhlas dan jujur dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Sama - sama support peniaga hebat kita. Terima kasih buat korang yang sudi singgah diblog saya🥰



Gambar stok sambal saya hari ke-2, tinggal sikit. Bilis petai tu isi dia banyak betul. Rm 50 sekali pos, makan sampai berpinggan-pinggan pulak tu, memang puas hati. 

Rabu, 9 November 2022

Sandwich cukup rasa walau tanpa garam

 Dulu.. 


Dulu lah kan, masa ada astro selalu tengok channel masak-masak kat AFC (asian Food Channel). 


Lepas tu teringin lah nak try jugak. Kita pun save cara buatnya. (Save dalam otak😆.)


Macam biasa lah kan perangai orang pompuan,


A few years later (cakap ala sponge bob) 


Taraaaa..  Jadi lah sandwich style sendiri. Tanpa garam, tapi cukup rasa dan kenyang. 😍


Korang cuba lah ek. Meh kita sihat sama-sama😁 scroll gambar satu persatu tau. 


Share lah kat wall korang walaupun tahu nanti ditelan zaman pun tak buat². Hahaha😂 Jangan ambil hati korang, melawak ja. Tapi betul kan?😝😝


#sandwich 

#makanansihat



1. Bahan - bahan

2 biji telur (buat scramble egg) 
2 keping roti
Bawang putih (3 ulas dipanggang dengan non stick pan ) 
Cherry tomato, sayur salad (secukupnya) 
Black & white pepper (secukupnya) 
Olive oil ( secukupnya) 
Madu (secukupnya) 
Apple vinegar (secukupnya)



2. Bawang putih ni saya panggang guna non stick, letak olive oil skit. Panggang sampai lembut, kemudian lenyek² mcm ni dan gaulkan kan kat telur scramble.



3. Lepas dicampurkan semua bahan, gaulkan sebati



4 .Apple vinegar@cuka epal. Kadang saya tuang sesudu makan dalam secawan air. Not bad rasa dia. Ingat tekak x leh telan, ok je rasa dia. Brand lain tak pasti macam mana rasanya. Tapi yang ini sedap.



5. Camni rupa lepas digaul



6.Susun atas roti, pastu hempapkan roti lagi kemudian potong supaya mudah dimakan.



7. Macam ni lah rupa bila dah siap. Salad yang dah gaul sebati tadi tu banyak lebih, makan macam tu pun sedap. 😋😋


Yang ini saya buat makan malam. Telur tukar kepada isi ayam yang dipotong² kemudian dipanggang dengan olive oil sikit. Bahan lain sama ja dengan bahan sandwich tadi.

Selamat mencuba, semoga sihat selalu😘


Jumaat, 10 Jun 2022

'Unlock' Resepi baru - Coklat Ganache Beryl's




Bila sebut coklat, majoriti sukakan coklat. Tak kira perempuan atau lelaki. Kalau pergi ke kedai bahan menjual kek, biasanya kita akan nampak dark chocolate ,white chocolate dan juga milk chocolate. 


Semuanya coklat, tapi berbeza warna dan rasa. Dark chocolate ialah coklat gelap dimana rasanya manis pahit. White chocolate ialah coklat putih. Bagi saya coklat putih rasanya sangat manis. Milk chocolate pulak ialah coklat susu, warna coklat, cerah sikit dari coklat gelap. Coklat susu ini ramai penggemarnya. Sebab rasanya yang lemak manis. 

kek coklat moist untuk Jamuan Hari Raya disekolah Anak

Bagi saya, saya suka coklat yang ada rasa manis yang tak keterlaluan yang boleh dimakan dengan kek atau dijadikan pencicah roti. Baru ni bereksperimen dengan bahan yang saya sedia ada. 

Timbang punya timbang, tambah sana, tambah sini, campak sana sini, akhirnya saya dapat hasilkan 1 resepi coklat ganache yang saya rasa sesuai sangat untuk dijadikan topping kek coklat moist, dijadikan coklat celup, dan saya dah cuba juga makan dengan roti gardenia. 


Tekstur nya kental, berkilat, dan tak terlalu manis. 'Just nice' InsyaaAllah.. Jom tengok resepi saya yang sangat mudah. 

Kek coklat moist 2022 saya guna coklat ganache resepi sendiri



Chocolate Ganache Berryl's

Resepi oleh Khamsiyah Mansur

Bahan-bahan

100gram chocolate milk

150gram dark chocolate

50gram susu segar full cream

2 sudu besar madu

1 sudu besar minyak masak


Cara-cara 

Cairkan coklat dengan cara double boil. 

(Kaedah cairkan coklat menggunakaan mangkuk kaca/stainless steel yang didudukkan diatas mangkuk lain yang berisi air panas)

1)Air diisi kedalame, didihkan dan tutup api.


2)dudukkan mangkuk stainless steel/kaca, masukkan susu full cream + chocolate (milk & dark). Kacau sampai larut


3)dah larut, masukkan madu kacau sebati


4)masukkan minyak masak kacau sebati


*Biarkan coklat sampai suhu bilik baru lah dia akan jadi pekat, likat, berkilat, dan takkan mengeras. 


Selamat mencuba😉


                                


Isnin, 6 Jun 2022

Rumah Limas cantik.

 Disana rancak, disini rancak, dimana-mana rancak.. 


Biasalah kan, bila syawal memang rancak sana sini jemputan open house. Tapi kan, open house yang satu ini lain sangat suasananya. Bukan sahaja makanan yang sedap, tapi suasanya pun mendamaikan.

1st round ringan-ringan. next round makan ayam bakar. 

Tengok sendiri lah gambar-gambar kami ni, rasa macam kat kampung masa zaman atok nenek moyang kita kan. Rumah sebegini dipanggil Rumah Limas. Menarik tau sejarah Rumah Limas ni. 






Kalau saya tak berpeluang ke sini, saya pun tak akan tahu sejarahnya. Bila baca, sejarah Rumah Limas, “Wow, menarik!”. 



Mengikut sejarah, Penghijrahan penduduk kepulauan Melayu ke Johor membawa bersama adat istiadat, budaya dan cara hidup tempat asal mereka. 

Sebab itu dijohor ini ada keturunan Bugis, Jawa, Palembang, Banjar dan keturunan lain daripada rumpun bangsa Melayu di kepulauan Melayu.

Oleh itu, corak kebudayaan dan kesenian masyarakat johor banyak dipengaruhi hasil dari penghijrahan mereka. 


Katanya lagi, Bentuk rumah di Johor adalah salah satu tradisi yang mempengaruhi budaya masyarakat Johor. Contoh, macam rumah saya kunjungi ni lah. Tuan rumah pilih Rumah Limas untuk dijadikan homestay walaupun tahu Kos pembinaan pun pastinya sangat tinggi. Tapi disebabkan ianya unik, menarik, lain dari yang lain, hasilnya, setiap mata yang memandang pasti terpukau! Serius cantik!

Kebanyakan rumah limas, tiangnya tinggi-tinggi, sebab sebenarnya ia berfungsi untuk menyidai baju kita yang tak sempat kering bila waktu hujan turun. Ruang bawah ni jugak lah tempat simpan alatan bertukang seperti cangkul, tanjak dan sebagainya.



Kalau rumah kita tingkap pakai tingkap nako, takpun tingkap slide, tapi rumah limas ni tingkapnya “dua daun”, buka hala keluar, pintu rumahnya pun sama “dua daun” juga tapi buka hala kedalam.    Mujurlah anak-anak saya behave semua. Dibuatnya buka tutup tingkap pintu rumah tu, ha jenuhhhh... hahaha.


Dikatakan juga, pada abad ke19 lah rumah bumbung limas terkenal dan berkembang dengan pesat. Sebenarnya, rumah limas ini banyak jenis, tapi secara umumnya, rumah limas di Johor menyerupai rumah limas Palembang. 


Sebenarnya, masih belum diketahui lagi kenapa rumah ini dipanggil limas. Ada yang kata limas itu bermaksud “lima” yang menunjukkan rumah itu ada lima perabung dan lima ruang didalam rumah. Tapi kerana nak sedapkan lagi sebutannya, ditambah “s” menjadikan sebutan “limas”. Dan mengikut kamus dewan bahasa pula, limas ni maksudnya timba. Bentuk Timba ini pula katanya diperbuat dari daun pisang dan upih yang bentuknya serupa dengan bumbung limas. Dari situ lah rumah limas dapat namanya. Menarik kan? Ini info yang saya baca dari bacaan diweb Malaysian Tour Guide.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa, lima itu merujuk kepada lima emas yang mewakili lima penjuru bumbung yang membawa erti kepada lima kemuliaan iaitu Keagungan, Kedamaian, Kesopanan, Kesejahteraan dan Kedamaian. 


Rumah Limas di Johor pula pada dasarnya terbahagi kepada lima ruang iaitu anjung, serambi, ruang tengah, dapur rumah dan pelantar. Rumah limas yang saya kunjungi ni ruangnya seperti yang disebutkan tadi. Kat bawah kolong boleh lepak-lepak, baring pulak dalam hammock sambil angin sepoi. Memang best! Seronok! Rasa macam tak nak balik tau. Pemandangan cantik, laut pun dekat ja.






Kalau korang nak tau lebih banyak lagi info rumah limas, boleh je buat carian di Google. Apa yang saya cerita ni baru sikiitttttt… hahaha.. 


Untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya dijemput ke open house office mate husband yang mana dibuat di Rumah Limas ni. Secara tak langsung as “warming house” juga. Rumah Limas ini sudah siap, tapi ada lagi sikit penambahbaikan dari segi hiasan dalam dan luar rumah seperti pemasangan 'rumput karpet', pokok hiasan dan sebagainya sebelum dibuka secara rasmi untuk di sewakan kepada pengunjung yang berminat nak menginap di Homestay tersebut. Info terbaru, InshaaAllah, akan dibuka secara rasmi pada 10 Jun 2022 ini.

laluan masuk

Menariknya kat rumah ni kan, barangan hiasan dan perabotnya antik. Kalau perasan, ada satu kerusi yang ada kusyen tu, umurnya lebih dari 60 tahun tapi kayunya masih utuh dan cantik. Menarik! Dulu - dulu punya perabot memang tiada tandingan. Terbaik!



Rumah ini terdiri dari 3 bilik, 1 bilik air, dapur, pelantar, ruang tengah, anjung, ada kolong bawah rumah boleh main “cop tiang” hahaha, parking yang luas, dekat dengan laut dan kedai keropok lekor terkenal dan jeti bot nelayan. 

salah 1 bilik yang ada. Selimut dulu-dulu.

bilik bersebelahan

Pelantar

laluan ke dapur





Kalau korang keluar berjalan pusing-pusing, jangan lupa singgah di Masjid yang lokasinya terletak di atas bukit, yang mana korang akan nampak satu pemandangan laut yang sangat cantik dari atas.



Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami ke Rumah Kita Homestay Mersing yang cantik ini. 

Ini lokasi Rumah Limas yang saya kunjungi. Boleh hubungi nombor dibawah untuk info berkenaan operasi harian dan bayaran yang dikenakan.

Alamat :

PTD 3007, JALAN ENDAU KAMPUNG TANJUNG GENTING, 86800 MERSING, JOHOR


NO tel : 

017-859 3976 ( Pn. Ina )


Facebook : Rumah Kita Homestay Mersing